Tentang saya

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
Hai, selamat datang ke panduan insurans.com.
Nama saya Abdul Halim bin Sapuan, empunya blog ini. Kenapa saya membuat blog ini?
Hmm..saya telah mengalami masalah yang teruk dengan insurans/takaful kereta saya sejak awal tahun ini. Bukan setakat tu saja, saya ditipu lagi dengan bengkel kereta yang membaiki kereta saya.
Huh..penat jugak mencari jawapan untuk selesaikan kereta saya tu. Berbulan-bulan nak ’settle’. Setelah segala macam cara saya buat, akhirnya, bulan julai 2009 baru selesai masalah. Itupun setelah segala macam jenis persatuan yang terlibat saya hubungi. Akhirnya, kementerian juga membantu. Alhamdulillah..
Jadi, sebelum blog ini di rasmikan oleh Perdana Menteri kita, saya telah membuat satu ebook percuma tentang panduan memilih insurans/takaful kereta dan juga ebook panduan kemalangan. Segala pengalaman yang saya lalui telah saya kongsikan didalam ebook tersebut. Mana yang baik dibuat teladan, mana yang jahat dibuat sempadan.
Selain itu, saya juga berminat dengan pengurusan kewangan. Memang buku ‘favourite’ saya kalau pergi kedai buku adalah pasal financial management. Buku pertama yang membuka minda saya adalah buku Rich Dad Poor Dad, ditulis oleh Robert Kiyosaki. Lepas tu berturut-turut lagi buku dia saya baca. Antara tips beliau dalam pengurusan kewangan adalah mengambil skim insurans atau skim Islamnya adalah takaful (atau insurans/takaful hayat untuk diri).
Oleh itu, gabungan pengalaman dan bacaan mengenai insurans atau takaful ini saya kongsikan segalanya didalam blog ini. Untuk tujuan pengurusan kewangan, saya sedang mencari syarikat dan produk yang betul-betul ‘bagus’ untuk kita langgan. Saya akan membuat analisis produk-produk takaful yang ada diMalaysia ini. Mak saya memang dah lama melanggan produk takaful ini dan telah mengenal pasti produk mana yang bagus dan tak bagus. Insyaallah saya akan kongsikan juga disini nanti.
Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas,
Abdul Halim


Abdul Halim bin Sapuan telah 4 tahun berkecimpung dalam bidang pengurusan kewangan. Sejak zaman belajar diuniversiti lagi, telah banyak buku yang dibaca. Buku pertama yang paling mengubah mindanya adalah buku best seller dunia 'Rich Dad Poor Dad' hasil tulisan Robert Kiyosaki. Kemudian bermulalah pencarian dan pengamalan pengurusan kewangan sehingga matlamat supaya 'Money Works to Make Money'

