Takaful..mana bagusnya?

1 Nov, 2009  |  Written by admin  |  under Takaful/Insurans

Kali ini saya nak bincangkan beza antara takaful dan insurans konvensional. Yang mana bagus dan yang mana hebat..

TAKAFUL

INSURANS KONVENSIONAL

Pematuhan kepada hukum syarak (Islam) Tidak mematuhi hukum syarak
Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad tabarru’, mudharabah dan wakalah


Kontrak urusniaga adalah jual beli
Pengendali takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta Syarikat insurans merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada peserta
Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabarru’


Syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor-faktor komersial
Bebas daripada riba, gharar dan maisir


Banyak unsur-unsur riba, gharar dan maisir
Adanya majlis pengawasan Syariah Tiada majlis pengawasan Syariah
Keuntungan akan dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada Mudharabah atau Yuran PrestasiPelaburan. Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat.

Definasi terma untuk mudah memahami.

Tabarru’ – Menderma atau memberi hak milik secara percuma yang mana setiap peserta dengan niat yang ikhlas memberikan sumbangan kepada peserta yang lain yang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Nilai sumbangan ini adalah sebahagian daripada bayaran caruman tersebut.

Mudharabah – Kontrak perkongsian yang mana modal daripada satu pihak dan usaha daripada satu pihak lain. Dalam konteks takaful ini, pengendali takaful bertindak sebagai pengusaha (pelabur) dan peserta takaful bertindak sebagai pemodal. Hasil daripada pelaburan ini akan dikongsi bersama antara pengendali dan peserta.

Wakalah – Penyerahan tanggungjawab yang ada pada seseorang kepada seorang yang lain. Dengan kata lain mewakilkan (perkataan asal bagi wakil dalam bahasa Melayu). Pengendali  takaful adalah dilantik sebagai wakil yang akan menguruskan dan menyalurkan sumbangan tersebut kepada peserta lain yang memerlukan. Peserta tidak perlu sibuk dan risau mengenai peserta lain yang memerlukan bantuan tersebut.

Riba – dengan kata mudah adalah ‘interest’ atau ‘faedah’ daripada pinjaman. Dalam urusniaga insurans konvensional, terdapat urusniaga Pinjaman dari Polisi yang mana pinjaman ini dikenakan faedah atau interest. Mengikut konsep takaful, tiada pinjaman tetapi ia dijadikan dalam bentuk simpanan yang mana peserta boleh mengeluarkan duit simpanan tersebut yang disimpan dalam akaun pelaburan (Mudharabah).

Gharar – kontrak/perjanjian yang akibatnya tersembunyi daripada peserta. Dengan kata lain kontrak yang tidak pasti. Contoh yang mudah adalah menjual ikan yang masih berada disungai. Ikan itu masih tidak pasti untuk dapat atau tidak serta saiznya juga tidak dapat dipastikan besar atau kecil.

Dalam kontrak insurans konventional , ianya berkait rapat dengan

  • Tidak diketahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan
  • Tidak diketahui kadar bayarannya
  • Tidak diketahui bila masanya

Apabila tidak berlaku tuntutan, syarikat insurans akan mendapat semua keuntungan premium sementara peserta tidak medapat sebarang keuntungan sedangkan kontraknya berasaskan jual beli.

Maisir – Judi (loteri) atau mendapatkan sesuatu dengan cara mudah atau mendapat keuntungan tanpa berusaha mengerjakannya. Ia sangat berkait rapat dengan gharar. Ulama (pakar kewangan Islam) berkata setiap transaksi yang ada gharar pasti ada maisir. Ianya wujud dalam insurans konvensional apabila:

  • Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  • Peserta hilang wang premium apabila berlaku peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku
  • Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima

Jadi, keseluruhan kontrak insurans adalah berdasarkan sesuatu kejadian yang tidak pasti terjadi yang mana ianya mungkin berlaku atau tidak.

No related posts.

3 Responses so far | Have Your Say!

  1. motokriss  |  November 2nd, 2009 at 2:46 am #

    salam bro,

    Terima kasih atas maklumat yang dikongsi. boleh terangkan dengan lebih lanjut pasal
    “Banyak unsur-unsur riba, gharar dan maisir” oleh insuran konvensional.
    Kalau boleh sertakan dengan bukti2 sekali.
    Thanks.

    motokriss - Gravatar
  2. admin  |  November 3rd, 2009 at 1:36 am #

    Saya dah terangkan skit kat definisi terma apa yang riba, gharar dan maisir. Saya akan tambah lagi nanti.

    admin - Gravatar
  3. liza  |  November 3rd, 2009 at 3:25 am #

    Satu info yang menarik. Berhijrahlah dari insurans konvesional ke takaful.

    liza - Gravatar

Leave a Feedback

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>