Insurans dan takaful: Mengebas atau Membuat duit?Bhgn2

6 Oct, 2009  |  Written by admin  |  under Takaful/Insurans

Kali ini, kita sambung tentang jenis insurans/takaful kedua iaitu insurans/takaful hayat. Terdapat pelbagai jenis produk berkenaan insurans jenis ini. Ia juga berbeza-beza mengikut berapa bayaran perlindungan yang diambil.

Apabila namanya ‘hayat’, sudah tentu ia melibatkan manusia atau perlindungan diri orang yang melanggan produk tersebut.

Secara amnya jenis ini terbahagi kepada dua iaitu insurans/takaful keluarga dan insurans/takaful perubatan@kesihatan.

Terdapat tiga keadaan yang ditawarkan (berbeza mengikut produk) iaitu kemalangan, kematian dan perubatan (penyakit). Yang terbaru, produk insurans dan takaful ini juga menawarkan untuk pelaburan wang sebagai kelebihan produk mereka.

Jom kita tengok beberapa situasi yang berkaitan dengan produk ini:

(seperti sebelum ini, anda fikirkan jawapannya..:-))

Situasi 1

Ini berlaku kepada seorang pesakit di Institut Jantung Negara (IJN), tempat beberapa orang kawan saya bekerja. Apabila di IJN sudah tentu anda boleh agak apa penyakitnya bukan?

Umurnya masih muda belia, lebih kurang 30-an. Kenapa dia mendapat sakit jantung? Hmm..anda boleh teka.Dia adalah seorang perokok yang menghisap lebih kurang 20 batang sehari. Ya! menurut rakan saya, statistik perokok yang menghisap 20 batang sehari biasanya mengambil masa 10-20tahun untuk mendapat sakit jantung yang teruk.

Oleh kerana dia tidak tahu apa-apa tentang takaful hayat, maka dia terpaksa membayar kesemua bayaran perubatannya di IJN. Untuk diagnosis dan pembedahan telah memakan belanja hampir RM15,000. Belum termasuk ‘follow up’ dan ubat-ubatan lain. Habis semua simpanannya dan simpanan isterinya untuk belanja ’sakit’nya sahaja. Umur begini anak-anak baru meningkat remaja yang masih bersekolah dan memerlukan belanja yang besar untuk masa depan mereka. Bayar beli kereta dan rumahpun masih belum habis. Apa yang terjadi kalau dia meninggal dunia dan bayaran kereta dan rumahnya tidak habis?Adakah anak-anak mereka mendapat hak keatas rumah dan kereta tersebut? Anak-anak perlu perbelanjaan untuk belajar, adakah mereka mendapat cukup wang?

Situasi 2

Seorang pemuda, yang berumur lebih kurang 30-an telah mendapatkan skim takaful untuk ayahnya yang semakin tua. Kerana umur ayahnya yang lanjut dan memikirkan kemungkinan memerlukan perbelanjaan perubatan untuk ayahnya, dia membelanjakan RM300 setiap bulan untuk skim takaful ayahnya.

Setelah setahun, ayahnya didapati diserang penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. 3 penyakit ‘normal’(biasa) bagi penduduk dinegara-negara maju dan membangun. Dengan skim takaful tersebut, dia tidak perlu memikirkan lagi tentang bayaran perubatan. Pengendali takaful telah membiayai kos perubatan tersebut. Termasuk memberikan elaun hospital selama pesakit berada dihospital. Selain itu, dia juga tidak perlu membayar lagi RM300 setiap bulan malahan menerima RM 300 setiap bulan dari syarikat takaful tersebut.

Kira-kira yang dibuat : Bayaran setahun = RM 200 x 12 bulan = RM 2400, pampasan yang dibayar syarikat takaful untuk belanja perubatan = RM 20,000 + RM 300(setiap bulan sehingga ayahnya berumur 80 tahun@meninggal dunia).

Situasi 3

Seorang wanita berumur 40-an dikejutkan dengan kematian suaminya akibat kemalangan jalan raya beberapa bulan yang lalu. 5 orang anaknya belum bekerja dan masih belajar. Anak yang sulong berada diuniversiti. Yang lain masih bersekolah.

Oleh kerana suaminya telah mengambil polisi takaful, pampasan yang diberikan adalah sebanyak RM150,000. Sedikit sebanyak meringankan beban keluarganya. Dengan ‘wang kecemasan’ inilah dia boleh memberi nafkah untuk anak-anaknya selain modal permulaan perniagaan kecil-kecilan untuknya menyara anak-anaknya.

Related posts:

  1. Insurans dan takaful: Mengebas atau Membuat duit?
  2. Asal-usul takaful

5 Responses so far | Have Your Say!

  1. Razif  |  October 6th, 2009 at 11:08 am #

    Salam,

    Thanks atas pendedahan dan membuka minda masyarakat tentang insuran ini.

    Satu perkongsian yang bagus bro.. :)

    Razif - Gravatar
  2. ins  |  October 6th, 2009 at 12:15 pm #

    Terima kasih bro Razif. Insyaallah kita kongsi sama2 info yang ada..

    ins - Gravatar
  3. KHALIFAH  |  October 8th, 2009 at 11:29 am #

    MENARIK INFONYE
    THANKS A LOT

    dr.khalifah
    WEB MASTER
    http://sixtyninez.biz

    KHALIFAH - Gravatar
  4. shafiq.maszalan  |  October 22nd, 2009 at 9:12 am #

    This is good beginning as your information give such an informative guidelines to the public. anyway i’m looking for comparative products that benefit all of us…
    thanks…

    nice blog bro… :)

    shafiq.maszalan - Gravatar
  5. admin  |  October 29th, 2009 at 12:11 am #

    ok bro insyaallah

    admin - Gravatar

Leave a Feedback

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>